Ahlan Wasahlan

Selamat Datang ke alam Insan Bernama Kekasih

Sabtu, 12 Februari 2011

DOA DARI TAFSIR SURAH AL-MUKMINUN UNTUK MENGELAK LUPA

اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ،
وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.

Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami” . .

Petua Beramal
Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas.

Memerhatikan intisari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya , baik umur , rezeki , harta , anak anak yang soleh solehah dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat . Selain itu juga , kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain. Akhirnya kita juga meminta agar diletakkan Allah lebih tinggi dari kedudukan orang lain , agar segala anugerahNya diberi kepada kita mendahului orang lain .

Menurut al-Tirmizi, al-Nasa`ei dan al-Hakim, doa ini dibacakan oleh Nabi sebaik sahaja selesai menerima wahyu .Justeru kita digalakkan membaca doa ini semasa memeperolehi ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan